Tuesday, June 15, 2010

Ape Jadi Pada Cerita Melayu Sekarang Ni?

Catatan kepade diri sendiri.

Bukak TV, terus tgk channel 711 Astro Starworld tengah bersiaran "Desperate Housewives" musim ke-4, ni musim yg lame dah tayang kt Amerika sane. Layan je la, nak tukar channel sukan, x suscribe pulak. Tunggu la sehari dua nanti baru langgan kot. Mase tgh layan cerite ni, tetibe je fikiran ni teringat kat 1 cerite drama bersiri Melayu yg bersiaran kt Astro jugak, "Senja Permai".
Pade sy, "Senja Permai" tu mcm meniru cerite "Desperate Housewives" tu iaitu konsep cerite yg cuba ditonjolkan dlm drama bersiri tu atau konon-kononnye mcm nk buat cerite "Desperate Housewives" versi melayu. Ade scene bergosip sesama jiran di depan pintu gate, rahsia antara jiran tetangga dan jugak rahsia dlm keluarga sendiri. Yg berbeza cume skrip, olahan karekter, dialog, jalan cerite dan konflik yg tidak berkembang. Senang cerite, dari start episod 1 sampai abis, konflik yg ade dlm setiap famili tu same jer, x berubah-ubah. Konflik yg ditonjolkan pulak hanya sekadar satu masalah yg tidak terlalu rumit yg dipanjangkan dari episod 1 smpi beberape episod walhal kalau dibuat telefilem, x sampai 2 jam satu musim siri tu dah boleh abis.
Contoh yg boleh di ambil dri cerite tu; ade 1 famili yg mempunyai anak perempuan yg bermasalah sosial, smpi dpt HIV. Penyelesaian, anak tu dikurung dan diawasi oleh adik kecik nye. Dan lelaki yg bertanggungjawab meng'HIV'kan si budak perempuan tu adalah jiran sebelah menyebelah yg sudah berkahwin dan x mahu bertanggungjawab, yg akhirnya lelaki tersebut mati terjatuh kepale nye kena divider jln akibat ditolak oleh bapak budak perempuan tu. Emmm...xde cara lain ker?
Ini bukan je dlm cerite tu, bnyk lagi cerite lain yg konsepnye di ambil dari luar negara dan bila digarap di Malaysia, sy lihat x menjadi. Contoh, "Tari Tirana" ala2 "Step Up", "Ampang Medikal" ala2 "ER"/"Grey's Anatomy" dan mcm2 lg yg sy sendiri x ingat name tajuk nye.
Bukan sy nk mengutuk atau mengkritik nk kate penerbit, pengarah atau penulis skrip x bagus, cume nak perubahan dalam drama bersiri atau telefilem yang disiarkan di Malaysia ni. Bosan jugak mule dah la tgk 'Halimah Jongang' telemovie pastu kuar pulak drama bersiri 'Halimah Jongang The Series', menggunakan jln cerite yg same ngan telemovie cume utk the series tu, ianye dipanjang-panjangkan dan barisan pelakon yg ditukar. Tak lame kemudian kuar pulak 'Fatimah Juling' cliche kpd 'Halimah Jongang'. Aduh. Dan masalah yg selalu ditonjolkan, atau 'the biggest conflict' biasenye masalah cinta tipikal, contoh 'Tari Tirana' cinta 3 segi, meleret-leret smpi 5-6 episod berebutkan si awek tu, nk tgk pelakon menari 3-4 episod bru ade sekali menari, bile adegan menari tu kuar pulak, nampak sgt kaku gerak tari nye, terlalu teknikal.
Tgk 'Awan Dania' pulak, x abis-abis main tarik-tarik tali ngn si boyfriend, kjap nk couple, kjap tanak. Kena ngorat ngn org lain, jual mahal, ape-ape aje lah. Pastu konflik kerja yg selalu melibatkan masalah peribadi. Bos main kayu tige ngn secretary, driver dgn datin ade skandal. Macam-macam lg.
Emm..kadang2 terpikir jugak, Malaysia ni dah xde idea yg lebih kreatif ke nk buat drama bersiri mcm dulu2. Perlu ke nak selitkan selalu konflik atau masalah tipikal dlm setiap drama? Sikit-sikit je ade masalah cinte, cinte terlarang, dengki khianat, ugut-mengugut, Ah Long, mat rempit dgn minah motor dan selalu sgt keruntuhan moral ditonjolkan dlm drama. Cube la bukak minda atau brainstorming konflik yg lebih rumit yg mgkin sedang berlaku di sekeliling kite tp kite terlepas pandang. Jgn terlalu asyik dgn genre yg same diulang-ulang.
Bukak Astro Ria same, RTM lagi lah, TV3 pn same jugak. Last2, sy kne bukak Starworld, AXN, HBO, tgk drama series luar negara. Tak pun bukak TV nk tgk drama siri Indon, Benci Bilang Cinta.

No comments:

Post a Comment